Wednesday, February 9, 2022

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA - MENTAKAB

 

Dari JPB Bera, kami meneruskan penjelajahan ke Temerloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bagi lokasi kedua ini, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) ini telah berlangsung di Dewan Sri Mentakab, Temerloh, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir bersama pada majlis itu adalah Prof Emeritus Tan Sri Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar yang merupakan pengerusi JPB Malaysia.


Walaupun majlis ini bermula jam 2.00 petang akan tetapi pengunjung telah memenuhi dewan tersebut lebih awal terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM untuk melihat pameran dan peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS.


Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS, Puan Khuzaimah dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En Mohd Fuad kerana sudi meluangkan masa membantu team promosi pada hari tersebut.


No comments:

Post a Comment

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA - MENTAKAB

  Dari JPB Bera, kami meneruskan penjelajahan ke Temerloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bagi lokasi kedua ini, Program Jelajah ...