Tuesday, February 8, 2022

MENERIMA KEDATANGAN PENGUNJUNG JPB 2017

 

Seawal pagi lagi, orang ramai yang terdiri berbagai lapisan masyarakat telah memenuhi tapak Karnival di Padang Majlis Daerah Bera untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri Malaysia. Lebih kurang jam 8.30 pagi, 2 buah bas yang membawa staf dan pelajar PMS selamat sampai ke tapak pameran.


Persiapan di saat akhir kerana masih ada lagi peralatan pameran yang dibawa pada pagi itu oleh staf dan pelajar untuk dipersembahkan kepada pengunjung. Diantara produk yang dipamerkan adalah kereta lumba dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Hasil kerja pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan komunikasi dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Tidak ketinggalan juga pakaian scuba dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.


Tidak ketinggalan Tuan Pengarah PMS dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengambil kesempatan untuk mempromosikan Politeknik dan beramah mesra dengan pelajar dan ibubapa yang hadir mengunjungi booth Politeknik Muadzam Shah. Secara keseluruhannya, booth politeknik telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang mengunjungi Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera pada kali ini.


No comments:

Post a Comment

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA - MENTAKAB

  Dari JPB Bera, kami meneruskan penjelajahan ke Temerloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bagi lokasi kedua ini, Program Jelajah ...