Wednesday, February 9, 2022
JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA - MENTAKAB
Tuesday, February 8, 2022
MENERIMA KEDATANGAN PENGUNJUNG JPB 2017
Tidak ketinggalan Tuan Pengarah PMS dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengambil kesempatan untuk mempromosikan Politeknik dan beramah mesra dengan pelajar dan ibubapa yang hadir mengunjungi booth Politeknik Muadzam Shah. Secara keseluruhannya, booth politeknik telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang mengunjungi Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera pada kali ini.
PERSIAPAN BOOTH POLITEKNIK JPB 2017
Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk mengendalikan promosi dengan membuka booth pameran sempena Majlis Perasmian Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Bera yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Persiapan rapi perlu dilakukan sebelum team kami kesana. Berikut adalah pelan tapak karnival yang diadakan dan PMS diberi tapak pameran sebanyak 20' x 20' yang mana persiapan lengkap harus dijalankan.
JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2017
Program aspirasi Pendana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke 54 lokasi, termasuk Sabah dan Sarawak dengan matlamat mencari pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutkan pelajaran mereka.
Program Jalajah Pendidikan Bumiputera (JPB) merupakan kesinambungan daripada Program Jelajah Destini Anak Bangsa yang telah diadakan pada tahun 2015. JPB masih mengekalkan matlamat dan objektif yang sama iaitu membantu anak-anak dari golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tempoh program ini adalah selama 3 bulan yang merangkumi hampir kesemua kawasan parlimen di seluruh Malaysia yang melibatkan 100 orang sukarelawan.
Objektif Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) :- Mencari kumpulan sasar yang kurang berkemampuan di luar bandar, pendalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
- Mengenalpasti dengan lebih dekat dan terperinci kumpulan sasar ini seperti pekerjaan, jumlah pendapatan, tanggungan dan beberapa perkara yang berkaitan.
- Memenuhi impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi melalui program pendidikan bumiputera ini dengan penglibatan dari 10 institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
- UiTM
- UNIKL
- KPTM
- IKM
- POLITEKNIK
- GIATMARA
- KOLEJ KOMUNITI
- KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI NEGARA
- INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA - MENTAKAB
Dari JPB Bera, kami meneruskan penjelajahan ke Temerloh yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bagi lokasi kedua ini, Program Jelajah ...