Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk mengendalikan promosi dengan membuka booth pameran sempena Majlis Perasmian Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Bera yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Persiapan rapi perlu dilakukan sebelum team kami kesana. Berikut adalah pelan tapak karnival yang diadakan dan PMS diberi tapak pameran sebanyak 20' x 20' yang mana persiapan lengkap harus dijalankan.
Konvoi kami telah bertolak pada 15.3.2017 jam 5.00 petang dari Politeknik Muadzam Shah yang terdiri dari pensyarah dan pelajar bersama dengan sebuah lori yang sarat dengan peralatan pameran, sebuah van yang dipenuhi dengan peralatan dan keperluan bagi pameran serta beberapa buah kereta. Jam 9.00 malam, kami telah memulakan operasi untuk menghiasi booth dengan segala peralatan yang ada sehingga jam 11.00 malam.
No comments:
Post a Comment